Pages

Tuesday

10 perkara kita tak tahu tentang kucing

Kucing merupakan binatang peliharaan yang biasa dijumpai di setiap kawasan penempatan. Tidak kira penempatan bandar mahupun desa kucing adalah pilihan masyarakat kerana kecomelannya serta mudah dijaga. Bagi peminat-peminat kucing di luar sana, di sini My Decrescendo ingin berkongsi 10 perkara yang kita tak tahu tentang kucing dan mungkin perkara yang kita tersalah anggap tentang kucing. Diharapkan maklumat ini dapat membantu mereka-mereka yang menjadi penggemar kucing.

Komunikasi Guna Hidung
Sapaan hidung ke hidung memang sesuatu yang janggal dilakukan oleh kucing terhadap kucing lain. Namun apabila kucing yang memang telah berjauhan dalam masa yang lama akan melakukan aktiviti ini bagi mengenal dan mengecam kucing lain melalui hidung. Ia juga memberi maklumat di mana dan apa yang sudah kucing itu lakukan.

Membelai Itu Tak Selalunya Elok
Membelai kucing dan mengusap bulunya kebiasaannya menjadikan kucing itu selesa dan tenang. Namun apabila mengusapnya dengan lebih dalam ia akan membuatkan kucing menjadi rimas dan sakit. Jika anda mengenali kucing itu anda mampu melihat riak mukanya berubah.
Kucing Pilih Suara Baby
Kucing selalunya akan mengeluarkan suara manjanya ala-ala anak kucing bila berkomunikasi dengan tuannya. Suara dewasanya hanya digunakan untuk komunikasi kucing dengan kucing.
Kucing dan Coklat Cannot Go
Seperti anjing, kucing boleh mati jika diberikan coklat yang lazat.
Kucing Tak Selalu Taking Nap
Kucing sememangnya gemar tidur sekejap-sekejap namun untuk mendapatkan rehat yang sewajarnya kucing  akan tidur seperti manusia biasa di mana otaknya mengeluarkan gelombang yang sama dengan manusia apabila kita bermimpi.
Kucing Tak Selalu Memandang Mata ke Mata
Kucing apabila tidak disengajakan melakukan eye-contact ia akan berkelip dan mengecilkan matanya. Untuk menjadi ramah dengan kucing asing kita perlulah memandang matanya dan apabila kita berjaya membuat dia pandang ke arah kita teruslah menoleh ke tempat lain. Itu tanda nak berkawan.
Kucing Memerlukan Layanan Positif
Setiap kucing tidak memahami hukuman yang dihadapinya apabila melakukan kesalahan seperti manusia biasa. Namun apabila kelakuannya baik maka berilah layanan istimewa kepadanya.
Kucing Membersih Gigi Dengan Daging
Memberi daging mentah setiap hari akan memastikan gusi dan giginya dalam keadaan terbaik. Daging terbaik ialah lembu atau ayam yang tidak bertulang.
Kucing Sukakan Matahari
Keupayaan kucing untuk bertahan lama dalam cuaca panas bukanlah sesuatu yang pelik. Ini kerana keturunannya memang berasal daripada gurun.
Belaian Kucing Masih Misteri
Ramai pakar yang masih tidak tahu dari mana asalnya kucing mengeluarkan bunyi semasa ia dibelai. Ramai berpendapat ia berasal dari sistem kardiovaskular berbanding tekaknya.


Read more: http://mydecrescendo.blogspot.com/2012/12/10-perkara-yang-kita-tak-tahu-tentang.html#ixzz2Zqx8IaUO

0 komen ..^_^:

Post a Comment