Pages

Wednesday

cara kucing berkomunikasi



Walaupun kucing telah lama menjadi haiwan peliharaan manusia, ia tidak seperti anjing yang boleh dilatih agar patuh kepada arahan pemiliknya. Ini adalah kerana anjing telah terlebih dahulu dijinakkan dan dipelihara manusia berbanding kucing. Menghormati kawasan dan privasi kucing lain adalah prinsip utama dalam komuniti kucing. Mereka biasanya berkomunikasi menggunakan isyarat tertentu yang ketara atau tidak ketara pada pandangan manusia.  Isyarat – isyarat yang ketara ini biasanya dapat difahami oleh manusia yang telah lama memelihara kucing. 

Deria bau, sentuhan dan pendengaran memainkan peranan penting dalam komunikasi kucing. Ia membolehkan anak kucing yang baru lahir dengan mata bertutup untuk mengenali bau ibunya dan menuju ke arah ibunya untuk menyusu. Dengkuran ibunya yang lembut mengisyaratkan kepada anak– anak kucing bahawa ibu mereka berada berhampiran dan jika ia terlalu jauh dari ibunya, ibunya akan mengeluarkan bunyi halus supaya anak–anak kucing dapat mengetahui arah ibunya berada.