Pages

Monday

MASALAH BULU KUCING GUGUR

Masalah bulu kucing yang melekat pada baju, sofa, permaidani dan sebagainya adalah perkara biasa. Tetapi amat merisaukan hati apa bila masalah tersebut makin menjadi-jadi. Masalah keguguran pada bulu kucing sering terjadi terutama pada kucing yang berbulu lebat dan panjang.

Tahukah kamu apakah yang menyebabkan terjadinya masalah keguguran bulu kucing? Kebiasaannya Kucing akan mengalami keguguran bulu sebanyak setahun sekali dan diikuti serentak dengan pertumbuhan bulu-bulu yang baru. Tetapi ada juga kucing yang mengalami dua kali setahun dengan jumlah yang tidak terlalu banyak.

Sebab-sebab yang lain adalah seperti Kekurangan nutrisi, kelebihan vitamin juga adalah salah satu penyebabnya. Selain itu suhu kandang atau tempat tinggal kucing terlalu panas juga boleh menyebabkan keguguran bulu kucing, pemilihan syampu sangat penting. Syampu yang tidak sesuai boleh menyebabkan keguguran bulu kucing. selain itu kutu, tungau dan kulat juga adalah musuh utama pada kucing. Seperti manusia kucing juga mempunyai gangguan hormon, ini juga adalah salah satu penyebabnya. Alahan pada ubat dan gangguan antibodi yang tidak kuat juga membolehkan masalah bulu kucing gugur.

Terdapat banyak faktor kenapa bulu kucing gugu

1. Kutu/Lices
Lazimnya kucing akan gatal dan menggaru dengan tahap maksima, menyebabkan bulunya gugur
Treatment : Gunakan Bio-Spot atau Frontline…sembur pada kucing, ulangi selepas 48 jam..dan ulangi lagi selepas 48 jam. Ini kerana telur kutu boleh menetas dlm 48 jam. Jangan mandi kucing tersebut sehingga seminggu. Sembur juga bilik kucing, carpet jika ada..kerana kutu boleh bersembunyi disini. Tidak berkesan jika kita hanya treat kucing…tetapi beberapa hari kemudian kutu akan datang semula.


2. Fungus
Fungus kelihatan seperti debu yang boleh menyebabkan sel2 pada bulu kucing mati.
Treatment : Mandikan kucing menggunakan Malaseb dan beri ia pil anti-fungus.


3. Kekurangan Protein dan Vitamins
Makanan yang berasaskan meat by products mempunyai kandungan protien yang sedikit..Kucing memerlukan protien untuk membina kulit dan bulu yang sihat…
Treatment : Makanan yang berkualiti, makanan segar (raw), multi-vitamins dan juga brewer yeast


4. Bulu Kering
Lazimnya ia disebabkan kekurangan minyak pada bulu dan juga pengunaan syampoo yang berlebihan
Treatment : Pastikan anda menggunakan syampoo mengikut sukatan yang disyorkan, minyak seperti salmon oil boleh membantu.


5. Stress
Kadangkala kucing mengalami stress samada persekitaran atau kehadiran kucing lain. Ia lazimnya akan grooming dirinya secara keterlaluan atau menggaru sehingga bulu tanggal.
Pastikan apa yang menyebabkan kucing stress dan take care of it.


6. Dry Skin
Dry skin lazimnya berpunca dari pemakanan. Boleh bagitau apa jenis makanan u beri pada kucing u?. Makanan berkualiti murah lazimnya mengandungi kadar garam dan meat-by-products yang tinggi yang mana menjadikan kulit kucing kering dan gagal menghasilkan minyak bagi menjadikan bulu kucing lembab. Ia boleh dilihat dari warna bulu kucing yang pudar, kering, kucing lazimnya menggaru dan menjilat dengan lebih kerap. Jika kita menyikat bulu kucing ia lazimnya keluar dengan banyak.
Cara mengatasi : saya syorkan makanan yang berkualiti seperti RC SkinCare, Innova Evo dan wet-food. Bagi vitamins, gunakan salmon oil, evening primrose, Felovite II dan brewer yeast.


7. Penyakit kulit
Kutu (fleas), hama (lices) yang mengigit kucing boleh menjadikan kulit kucing tidak sihat dan bulunya mudah tanggal. Anda boleh melihat kutu dengan adanya kutu atau bintik-bintik hitam pada bulu, manakala lices bintik halus berwarna hitam..dan jika diperhatikan dengan teliti ia akan bergerak..lazimnya pada bahagian ruff (bulu leher). Bagi kucing yang alah (allergic) pada kutu ia akan menyebabkan penyakit lain seperti kudis dan kurap. Ini akan menyebabkan bulu tertanggal dengan mudah.

Anda boleh membunuh kutu dengan menggunakan racun seperti Bio-groom atau Frontline. Tetapi jika terdapat kudis, anda perlu membawa kucing anda ke vet untuk diberi suntikan antibiotic.

Lain-lain faktor :-
Bagi kucing berbulu panjang, jika cuaca terlalu panas terutama bagi rumah yang beratap zinc dan tiada aircond, ia akan menghadapi keguguran bulu yang ketara.

~TIPS UTK MENGATASI MASALAH KUCING KENCING MERATA-RATA~ ^^,

Apa itu air kencing ?

Air kencing atau urine terdiri daripada urea, urochrome dan asid urik. Asid urik yang menyebabkan air kencing kucing sukar dicuci. Kenayakan pencuci akan menghilangkan bau urea & warna air kencing (urochrome) tetapi sebenarnya kesan asid urik itu masih ada. Asid uric adalah sejenis pekatan yang mengandungi kristal tak larut (unsoluble crystal) yang sukar dicuci dgn air dan sabun pencuci biasa.Oleh itu kucing anda masih boleh mencium bau asid urik ini dan berkemungkinan besar akan membuang air kecil di tempat yang sama pada masa akan datang.

Bagaimana nak mencuci air kencing kucing?

1) Larutan cuka - bancuh cuka dan air paip sama banyak (nisbah 50 : 50)dan masukkan ke dalam botol yang mempunyai muncung spray.Sembur laruta ke atas permukaan lantai. Jika kucing anda kencing di atas permaidani, larutkan dahulu air kecing itu dgn menyiram sedikit air ke atas air kencing tersebut , kemudian barulah dispray dgn larutan cuka tadi.


2) Pencuci enzim

Enzim dalam serbuk/larutan pencuci jenis ini akan "memakan" kristal asid urik tersebut.Walau bagaimanapun, anda perlu mencucinya berkali-kali dan memerlukan kesabaran untuk memastikan ia berkesan. Kebanyakan pencuci ini boleh didapat di pasaraya2.


Masalah kencing merata-rata. Kenapa kucing sy bertindak sedemikian?

1.Litter box sudah penuh/ terlalu kotor.Kucing adalah haiwan pembersih dan cerewet, jadi pastikan pasir kucing ditukar setiap hari.

2.Litter box telah dialihkan ke tempat baru. Kucing sangat cerewet tentang perubahan susun atur perabot dan barangan dlm rumah yang kadangkala boleh mengakibatkan stress.

3. Kucing baru dipindahkan ke rumah/tempat baru.

4. Ada kemasukan ahli keluarga baru ( kucing baru, ahli keluarga baru seperti bayi dan kanak2 kecil....kucing tau rasa cemburu!)

5.Marking behaviour - semasa musim mengawan, kucing jantan yang subur akan aktif mencari betina & menanda kawasan "jajahannya"(territory). Castration(pemandulan kucing jantan) akan dpt menyelesaikan masalah ini.)

6.Masalah kesihatan seperti jangkitan pundi kencing, batu karang, sakit buah pinggang atau radang pundi kencing.Sila bawa kepada vet anda jika perkara2 di atas tidak dapat menyelesaikan masalah ini.


Mengubah Tabiat Kucing

Tidak sepertimana anjing, kucing tidak mempunyai mekanisme untuk bekerjasama dalam satu keluarga. Anjing secara semulajadi memahami konsep keluarga, kerana moyangnya hidup dan memburu dalam kerjasama pasukan yang dibina melalui struktur sosial yang kompleks, dipanggil sebagai kawanan atau pack. Dengan pengecualian terhadap singa, semua keluarga kucing samada besar atau kecil merupakan pemburu tunggal dan mereka sudah biasa menjaga diri mereka sendiri secara bersendirian. Anda tidak boleh memaksa mereka melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu. Jadi jika anda mahu mengubah perilaku mereka, anda perlu menawarkan suatu alternatif yang dapat diterima oleh anda dan kucing anda.

Kucing anda menyayangi anda dan gembira ditemani oleh anda tapi jika anda mahu meyakinkannya untuk melakukan sesuatu itu mengikut cara anda, anda perlu menjawab soalan yang sangat-sangat penting bagi kucing iaitu, Apa ganjarannya untuk aku?

Berita baiknya adalah kucing merupakan binatang bertabiat dan mempunyai rutin. Setelah kucing anda memahami dimana tempat yang dibenarkan untuk mencakar, mengunyah atau membuang air, anda boleh menyimpan semua peralatan-peralatan khas yang digunakan untuk meyakinkan mereka itu pada awalnya.

Ya, Comel!


Berikan ganjaran kepada kucing anda terhadap perilaku baik mereka dengan makanan, mainan atau belaian. Jika kucing anda menggunakan tiang pencakar (scratching post) berbanding sofa, pastikan mereka tahu yang anda menyetujui tindakan mereka dengan bermain menggunakan joran kucing atau mainan yang diikat dengan tali. Beritahu mereka yang mereka baik kerana menggunakan kotak najis dan menggigit mainan mereka berbanding selipar anda. Kucing anda tidak dilahirkan dengan mengetahui segala peraturan di rumah anda dan jika anda menetapkan peraturan itu menyenangkan perasaan kucing, anda mempunyai banyak peluang untuk membuatkan dia mengikuti peraturan tersebut.

Jangan, Comel!


Jangan sesekali memukul kucing anda dan jangan buat mereka berfikir setiap kelakuan disiplin itu datang daripada anda. Disiplin fizikal adalah perkara yang sangat teruk dan tidak membawa apa-apa makna bagi kucing. Malah ia hanya membuatkan situasi bertambah buruk dengan menjadikan kucing anda mengalami stress dan takut dengan anda.

Apa yang berkesan bagi kucing adalah dengan membuatkan mereka percaya bahawa tindakan salah mereka itu menyebabkan reaksi automatik yang mereka tidak suka, dan anda tidak ada kaitan langsung dengannya, setakat yang mereka tahu lah. Sofa yang mereka suka cakar itu kini di alas dengan sesuatu yang mereka tidak suka sentuh. Apabila mereka duduk di kaunter dapur mereka berasa ada kesan elektrostatik yang tidak digemari pada tapak kaki mereka atau tiba-tiba ada semburan air diarah kepada mereka.

Berikut adalah beberapa 'jerangkap samar' yang sangat berkesan untuk menjauhkan kucing anda melakukan beberapa tabiat dan membolehkan anda berdua hidup harmoni:

Gunakan air dan bunyi bising


Secara licik, anda spray kucing anda menggunakan botol penyembur air atau bunyikan hon udara, atau goncangkan duit syiling dengan kuat di dalam botol tin kosong, atau picitkan mainan anjing yang berbunyi apabila dipenyek. Kucing tak suka bunyi tu tapi jangan guna alat ini jika anda mempunyai anjing, kerana anjing menyukainya! Gunakan peralatan tersebut ketika kucing anda melakukan tabiat buruk, seperti menggigit sofa, mencakar perabot dan sebagainya. Kucing anda haiwan yang mempunyai rutin dan dia akan mempelajari bahawa mencakar langsir adalah perkara yang perlu dijauhi kerana ada bunyi hon yang bising jika dia melakukannya. Pastikan anda menyorok atau pastikan dia tidak tahu anda yang melakukan ini semua. Biar mereka fikir bahawa ini semua berlaku secara automatik.

Gunakan pengalas


Alas seuatu pada kawasan yang anda tidak mahu kucing anda berada dengan menggunakan pita pelekat dwi-permukaan (double sided tape)atau pita pelekat biasa. Tikar elektrik yang memberikan kesan elektrostatik kecil, dipanggil Scat Mat juga bagus digunakan untuk permukaan perabot ,kaunter atau meja.

Perangkap tikus kayu


Perangkap tikus jenis kayu juga alat bagus untuk memberikan mesej kepada kucing anda agar tidak mendekati sesuatu tempat. Gunakan perangkap yang tiada gerigi tajam dan letakkan secara terbalik, dimana permukaan kayu itu menghadap ke atas. Letakkan di atas permukaan meja atau dapur dan tutupkan dengan suratkhabar. Alat ini bukan untuk mencederakan atau memerangkap, hanya sekadar membuat kucing terkejut sahaja. Selepas kucing anda terserempak dengan perangkap ini, dan terkejut melihatkan perangkap itu melompat dan tertutup dengan sekelip mata, sudah cukup untuk membuatkannya berfikir bahawa tempat ini perlu dijauhi.

Letakkan sesuatu yang berbau busuk


Letakkan sedikit sos atau penyembur Bitter Apple pada pengalas atau piring di tempat yang anda tidak mahu kucing anda berada. Penyembur Bitter Apple juga berguna untuk mengelakkan kucing anda mengunyah (chewing) wayar elektrik. Anda tidak perlu meletakkan terlalu banyak, deria rasa dan bau kucing anda sangat tinggi!

Fakta Pelik-Pelik Mengenai Kucing

Mitos Mengenai Kucing Hitam

Mitos Mengenai Kucing Hitam

kucing-hitam.jpg
Seperti menjelang malam Halloween, simbol kucing hitam dijual dalam bentuk boneka kecil atau gantungan kunci. Binatang dengan mata menyala pada malam hari ini selalu dikaitkan dengan dunia sihir atau magic.

Sebahagian masyarakat percaya bahawa kehadiran kucing hitam selalu dikaitkan dengan datangnya bangsa ghaib atau hantu. Biasanya kucing hitam tak datang di mana-mana tempat dan masa.
black_cat_1.jpg
Hanya tempat-tempat sepi dan wingit saja yang menjadi tempat kesukaan munculnya kucing hitam. Sebahagian masyarakat mempercayai kehadiran kucing hitam adalah petanda keangkeran.

Dimana kucing hitam dijumpai, pasti di sekitar lokasi tersebut sedang ada hantu atau makhluk ghaib lain yang tengah melakukan penampakan atau sekadar melintas.

cat04.jpg
Kepercayaan akan kucing hitam bermula dari sejarah di zaman Babylonia kuno tempo dulu. Saat itu kucing hitam dipersembahkan dalam upacara ritual untuk dibakar bersama sesaji lain.

Mitos ini timbul kerana ada seekor kucing hitam yang tidur di tengah-tengah seekor ular dengan pulasnya, padahal saat itu ular merupakan lambang dari kejahatan. Pemahaman ini terus berkembang hingga abad pertengahan di pelbagai bangsa dan kepercayaan.

Untitledhh.png
  • 1. Jerman Ada kepercayaan bahawa apabila ada seekor kucing hitam yang lompat ke tempat tidur orang sakit, kematian akan datang pada orang yang sakit itu.
  • 2. Normandy Mereka percaya apabila dalam perjalanan anda melihat seekor kucing hitam yang sedang menyeberang di tengah bulan purnama, mereka percaya bahawa anda akan diserang suatu epidemik.
  • 3. Finland Masyarakat di sana percaya bahawa kucing hitamlah yang membawa jiwa manusia ke alam baka.
  • 4. China Kehadiran seekor kucing hitam merupakan petanda bahawa mereka akan terkena penyakit atau akan jatuh miskin.
  • 5. India Jiwa yang bereinkarnasi dapat dibebaskan dengan membaling kucing hitam ke api.
  • 6. Bengali Bahawa ada seorang wanita yang dapat mengubah jiwa manusia menjadi seekor kucing hitam, dan setiap kucing hitam yang disakiti akan menyakiti wanita itu juga.
  • 7. Celts Percaya bahawa kucing hitam dapat meramalkan masa depan.
  • 8. Druids Pada masa Inggeris kuno percaya bahawa kucing merupakan jelmaan seseorang yang berbuat jahat di masa lalunya kemudian di hukum menjadi seekor kucing hitam.
Ada juga kepercayaan lain, yang mengatakan bahawa kucing hitam ini merupakan salah satu penyamaran para ahli sihir.

Walaupun tidak ada saksi yang pernah menyaksikan ada ahli sihir yang berubah menjadi seekor kucing hitam atau seekor kucing hitam yang berubah menjadi seorang ahli sihir, tetapi mereka mengatakan bahawa suatu hari mereka menyakiti seekor kucing hitam dan kucing hitam itu terluka, dan keesokan harinya mereka mencari luka yang sama di tempat yang sama kucing itu terluka pada seorang wanita.

kucing-hitam2.jpg
Kepercayaan lain mengatakan bahawa kucing hitam adalah partner para ahli sihir untuk menyelesaikan “Their evil deeds”.

Mereka akan terbang dengan sapu lidi mereka dan mula membuat kecoh, tetapi kepercayaan yang satu ini diakhiri dengan memberikan mereka gula-gula-gula-gula yang manis untuk menjangka para ahli sihir itu agar tidak membuat keonaran.

Percaya atau tidak, sama ada kucing hitam ada hubungannya dengan dunia spiritual itu semua terserah anda. Lalu bagaimana dengan kepercayaan akan kucing hitam di persekitaran anda?

Thursday

kucing dalam botol..KEJAM!!!






Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai ‘Kucing Bonsai’. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.
Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.
Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.
Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu?
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.
Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan… Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!
Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika ‘kucing bonsai’ seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.