Pages

Saturday

tips asas nak jaga kucing



Apabila anda telah membawa kucing pulang bersama anda di rumah, adalah penting untuk kita memastikan keperluan asasnya dijaga. Dalam hidupan liar, kucing menyesuaikan diri terhadap persekitaran dengan cara memburu untuk mendapatkan makanan, mendapatkan keselamatan dengan memanjat pokok serta melindungi diri. Apabila berada di rumah, kucing memerlukan bantuan kita untuk hidup harmoni dalam persekitaran ini.

Jika anda telah menyediakan asas makanan, minuman yang baik dan tempat berlindung, maka anda telah melakukan permulaan yang baik. memantau bagaimana kucing menggunakan kemudahan ini akan memberi gambaran berkenaan keadaan kesihatan kucing itu. Kucing merupakan haiwan yang mempunyai rutin, maka sebarang perubahan terhadap tabiat mereka perlulah di periksa agar tiada masalah kesihatan.

Privasi atau waktu bersendirian adalah amat penting bagi kucing. Walaupun kucing itu sangat sosial dan peramah dengan manusia, mereka masih memerlukan waktu bersendirian. Biasanya privasi ini diperlukan ketika mereka menghias diri dan membuang najis. Sesetengah kucing mahukan privasi ketika makan, tetapi ada juga yang lebih berselera makan jika ditemani tuannya.

Kucing yang suka mengasingkan diri, atau takut berada dikalangan manusia, perlulah diberi ruang untuk bersendirian dalam sehari. Memang benar kita boleh melatihnya untuk menjadi lebih sosial tetapi kebanyakan kucing sebenarnya sangat berwaspada dan berhati-hati secara semulajadi, dan tidak ada latihan yang boleh membuang tabiat itu sepenuhnya.

Ada pemilik pernah memberitahu saya yang mereka fikir kucing mereka mungkin pernah di dera sebelum dipelihara oleh mereka. Tapi dalam banyak keadaan, sebenarnya kucing sememangnya telah dilahirkan dengan sikap yang sebegitu. Kucing yang kelihatan takut, terlalu berhati-hati, lama kelamaan akan belajar untuk mempercayai anda dan jangan terkejut jika kucing itu akan menjadi teman yang sangat akrab, walaupun mereka mungkin tidak akan bermanja dengan orang lain sepertimana anda.

Kucing yang diperkenalkan kepada kucing baru yang lain, atau anjing, atau kanak-kanak di dalam rumah, perlu diberi masa untuk bersendirian. Adalah tidak adil jika anda mahukan kucing itu rasa gembira dan menerima kehadiran orang baru dalam rumah dalam masa singkat. Ini bukanlah naluri kcuing kerana kucing benci kepada perubahan. Mereka lebih gemar sesuatu perkara itu kekal asal sepertimana mereka yang mengubahnya (dan bukan orang lain, termasuk anda!). Kucing memerlukan seminggu hingga sebulan untuk menerima perubahan persekitaran, atau sekurang-kurangnya untuk dia tidak berasa begitu takut.

Apabila kucing itu baru dibawa ke rumah yang mempunyai kanak-kanak, semua orang berasa begitu teruja dan mahu menyentuh dan membelainya. Menjadi tumpuan perhatian bukanlah sesuatu yang digemari oleh kucing. Ibubapa perlu mengawal pengendalian kucing itu dan pastikan ia diberi peluang untuk berehat dan bersendirian.

Memasuki rumah baru memberi tekanan kepada kucing, dan tidak mendapat ruang untuk rehat dan menyendiri akan menambahkan lagi beban tekanan itu. Kucing yang tertekan akan mendapat impak negatif terhadap sistem imunisasinya, seperti pernah saya jelaskan artikel dahulu, binatang tidak seperti manusia yang dapat meredakan tekanan dengan cara bermain gitar, bercuti dan sebagainya.

Maka adalah penting untuknya diberi rehat, sediakan ruang untuknya bersembunyi dan tetapkan peraturan di rumah bahawa setiap kali kucing itu berada dalam tempat persembunyian, maka tiada siapa dibenarkan menyentuhnya. Jika anda tidak dapat memberi ruang itu kepadanya, anda perlu menyediakan carrier dan biarkan kucing itu berada di situ beberapa lama. Carrier seperti itu boleh memberinya rasa selamat dan bersendirian

0 komen ..^_^:

Post a Comment