Pages

Monday

~TIPS UTK MENGATASI MASALAH KUCING KENCING MERATA-RATA~ ^^,

Apa itu air kencing ?

Air kencing atau urine terdiri daripada urea, urochrome dan asid urik. Asid urik yang menyebabkan air kencing kucing sukar dicuci. Kenayakan pencuci akan menghilangkan bau urea & warna air kencing (urochrome) tetapi sebenarnya kesan asid urik itu masih ada. Asid uric adalah sejenis pekatan yang mengandungi kristal tak larut (unsoluble crystal) yang sukar dicuci dgn air dan sabun pencuci biasa.Oleh itu kucing anda masih boleh mencium bau asid urik ini dan berkemungkinan besar akan membuang air kecil di tempat yang sama pada masa akan datang.

Bagaimana nak mencuci air kencing kucing?

1) Larutan cuka - bancuh cuka dan air paip sama banyak (nisbah 50 : 50)dan masukkan ke dalam botol yang mempunyai muncung spray.Sembur laruta ke atas permukaan lantai. Jika kucing anda kencing di atas permaidani, larutkan dahulu air kecing itu dgn menyiram sedikit air ke atas air kencing tersebut , kemudian barulah dispray dgn larutan cuka tadi.


2) Pencuci enzim

Enzim dalam serbuk/larutan pencuci jenis ini akan "memakan" kristal asid urik tersebut.Walau bagaimanapun, anda perlu mencucinya berkali-kali dan memerlukan kesabaran untuk memastikan ia berkesan. Kebanyakan pencuci ini boleh didapat di pasaraya2.


Masalah kencing merata-rata. Kenapa kucing sy bertindak sedemikian?

1.Litter box sudah penuh/ terlalu kotor.Kucing adalah haiwan pembersih dan cerewet, jadi pastikan pasir kucing ditukar setiap hari.

2.Litter box telah dialihkan ke tempat baru. Kucing sangat cerewet tentang perubahan susun atur perabot dan barangan dlm rumah yang kadangkala boleh mengakibatkan stress.

3. Kucing baru dipindahkan ke rumah/tempat baru.

4. Ada kemasukan ahli keluarga baru ( kucing baru, ahli keluarga baru seperti bayi dan kanak2 kecil....kucing tau rasa cemburu!)

5.Marking behaviour - semasa musim mengawan, kucing jantan yang subur akan aktif mencari betina & menanda kawasan "jajahannya"(territory). Castration(pemandulan kucing jantan) akan dpt menyelesaikan masalah ini.)

6.Masalah kesihatan seperti jangkitan pundi kencing, batu karang, sakit buah pinggang atau radang pundi kencing.Sila bawa kepada vet anda jika perkara2 di atas tidak dapat menyelesaikan masalah ini.


1 komen ..^_^: