Pages

Saturday

mengedalikan masaalah perilaku kucing



Adakah anda merasakan kucing anda terlalu 'nakal', atau suka kencing merata-rata, mencakar karpet atau sofa dan mengunyah kabel telefon anda? Ini semua adalah perkara yang berkaitan dengan perilaku kucing dan adalah penting untuk kita memahaminya. Peringkat pertama adalah faham mengapa ia berlaku, sebelum memulakan langkah mengatasinya. Sebahagian pemilik kucing suka membelai kucing, ketawa melihat telatahnya tetapi tidak mahu memahami tabiat kucing yang dibelanya. Apabila berlaku sesuatu perkara, misalnya melihat tompokan air kencing pada kaki kerusi, mereka bertindak dari sudut alam manusia iaitu kemarahan dan hukuman. Masih ramai yang tidak melihat dari sudut alam kucing, memahami mengapa perkara itu berlaku dan melakukan langkah pencegahan.

Kucing tidak mampu untuk melihatnya dari kacamata manusia, maka adalah wajar bagi kita, manusia yang mempunyai akal melihat sesuatu insiden itu dari kacamata kucing. Himpunan artikel di bawah akan membantu anda untuk memahami tabiat kucing, dan memberi gambaran bagaimana mewujudkan suasana di mana anda dan kucing boleh hidup bersama. Klik sahaja tajuk di bawah untuk membaca artikel penuh.


Dilema Masalah Perilaku Kucing


Ini adalah kiriman pertama di blog ini, menceritakan dilema yang dihadapi oleh pemilik kucing. Teruja dengan kemanjaan kucing lantas membuat keputusan untuk membelanya, namun menghadapi kerenah kucing yang akhirnya menaikkan kemarahan anda, dan kadangkala menghilangkan sabar lalu mengenakan hukuman fizikal seperti memukul, menendang atau menghumbannya ke tanah. Anda tahu ianya salah dan zalim, tetapi anda masih memukulnya kerana anda tidak memahami mengapa kucing itu melakukannya. Beri peluang kepada diri anda untuk membaca tajuk ini terlebih dahulu.

Penekanan utama dalam tajuk ini adalah masalah kesihatan. Jadikan klinik vet sebagai rakan karib anda.


Punca Masalah Perilaku Kucing


Mengapa ianya berlaku, ini adalah soalan yang sering disalah faham oleh kebanyakan dari kita. Apabila kucing melepaskan najisnya pada longgokan baju berbanding kotak najis, kita menganggap kucing itu jahat, tetapi tidak pernah melihat mengapa kucing itu menjauhi kotak najisnya. Kenali puncanya terlebih dahulu, ini akan membantu anda mengelakkan masalah itu berulang di masa akan datang. Percayalah.

Seperti sebelumnya, masalah kesihatan diberikan pertimbangan yang berat. Hafal nombor telefon klinik vet anda.


Mengapa Kucing Bersikap Agresif


Anda sedang membelai kucing anda, ia kelihatan tenteram di riba anda dan apabila anda berpaling kucing anda terus membenamkan kukunya pada tangan anda. Kiriman ini cuba melihat mengapa serangan sebegini muncul pada kucing anda yang kelihatan diam pada awalnya. 4 sebab umum diberikan dalam tajuk ini, bersama dengan tips untuk mengesan cubaan serangan dan mengatasinya.

Sekali lagi, penekanan utama diberikan kepada masalah kesihatan. Letakkan masalah kesihatan sebagai perkara utama dalam apa jua situasi berkaitan perilaku.


Mengubah Tabiat Kucing


Kiriman ini melihat bagaimana kita boleh mengajar kucing apa yang boleh, dan apa yang tidak boleh. Dimana tempat yang dia boleh memanjat, dan dimana tempat dia tidak dibenarkan memanjat. Di mana tempat untuk dia kencing, dan di mana dia tidak dibenarkan untuk kencing. Kaedah yang diberikan adalah yang boleh difahami oleh kucing, untuk membolehkan anda dan kucing hidup bersama dengan menetapkan peraturan-peraturan tertentu di rumah.


Peralatan Mendisiplinkan Kucing


Beberapa peralatan tertentu akan membantu anda mengubah tabiat kucing, tanpa mecederakannya. Anda boleh membelinya, atau menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkannya. Apa yang penting adalah alat bantu ini selamat pada anda dan kucing, dan ianya berkesan.


Memahami Perilaku 'Buruk' Kucing


Alangkah indahnya jika ketika kita sedang melihat kucing kita mahu mencakar sofa yang baru di beli, dan kita berkata kepadanya ,"Comel, jangan cakar sofa tu, ianya baru dibeli dengan Aeon Kredit dan belum habis di bayar lagi, duduk diam-diam". Kiriman ini akan memberitahu mengapa perbualan tadi tidak akan berlaku, dan mengapa kita perlu berhenti berharap kucing berkelakuan seperti manusia.


Menanda Kawasan


Barangkali perkara yang sering menaikkan kemarahan kita adalah kucing yang suka kencing merata-rata. Walaupun telah diulang beberapa kali bahawa neuter dan spay akan mengatasi masalah kencing ini sebanyak 90%, masih tidak ramai dari kita yang melakukannya. Kiriman ini melihat bagaimana mengendalikan baki 10% jika ianya berlaku atau jika anda masih tidak neuter/spay, cara-cara untuk mengurangkan perilaku ini.


Sediakan Tempat Untuk Si Comel Mencakar


Mencakar memberi manfaat pada kucing dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Mencakar memberi rasa kepuasan terhadap kucing, menjaga kukunya dan memberi regangan yang baik pada otot kaki serta tubuhnya. Mencakar juga adalah satu bentuk komunikasi, iaitu penandaan kawasan. Kita perlu menyediakan tempat untuknya mencakar dan kiriman ini memberitahu mengapa, ciri-ciri tiang pencakar yang baik dan bagaimana melatih kucing menggunakannya.


Membuang Kuku Kucing | Declawing


Declawing adalah prosedur pembedahan yang kontroversi yang melibatkan kuku kucing di buang. Di Malaysia tidak ramai melakukannya, mujurlah, kerana ia adalah menyakitkan, kejam dan tidak berperikemanusiaan.


5 Sebab Mengapa Tidak Boleh Declawing


Kiriman ini memberi 5 sebab kukuh mengapa declawing tidak boleh dilakukan.


Tanda-Tanda Stress Pada Kucing


Ya, kucing serta haiwan lainnya juga mengalami tekanan seperti manusia. Kucing sepertimana manusia akan bertindakbalas terhadap tekanan tersebut, tetapi berita buruknya adalah tindakbalas itu mungkin akan menyebabkan anda mengeluh kerana sekali lagi anda terpaksa mengangkat baldi air dan mengenakan sarung tangan getah untuk mencuci kencing yang dipancutkannya di beberapa tempat.


Menggembirakan Kucing Yang Bosan


Kebosanan, salah satu faktor menyebabkan munculnya perilaku yang tidak diingini. Ia mungkin nampak remeh, tetapi ini adalah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap pemilik kucing. Kiriman ini menjelaskan apa yang kita boleh lakukan untuk menggembirakannya, sekaligus mengelakkan dari perilaku yang akan memeningkan kepala kita di masa hadapan.


Bertimbangrasa dan Konsisten


Kita tidak mahu kucing mencakar langsir, tetapi adakah kita menyediakan kayu pencakar untuknya? Kita tidak mahu kucing memanjat rak TV tetapi adakah kita menyediakan ruang lain untuknya memanjat, menjemur dan berehat? Bacaan ringkas tapi wajib jika anda sedang mencuba mengubah perilaku kucing anda. Jika kita tidak menepati 2 perkara ini, ubahan perilaku tidak akan berjaya malah mungkin akan mengundang masalah baru. Luangkan masa membacanya, supaya anda tahu mengapa 2 perkara ini penting.


Apabila Perilaku Tidak Dapat Dihadapi


Kadangkala segala usaha tidak berjaya dan kucing anda menjadi terlalu ganas untuk dikendalikan.

tips asas nak jaga kucing



Apabila anda telah membawa kucing pulang bersama anda di rumah, adalah penting untuk kita memastikan keperluan asasnya dijaga. Dalam hidupan liar, kucing menyesuaikan diri terhadap persekitaran dengan cara memburu untuk mendapatkan makanan, mendapatkan keselamatan dengan memanjat pokok serta melindungi diri. Apabila berada di rumah, kucing memerlukan bantuan kita untuk hidup harmoni dalam persekitaran ini.

Jika anda telah menyediakan asas makanan, minuman yang baik dan tempat berlindung, maka anda telah melakukan permulaan yang baik. memantau bagaimana kucing menggunakan kemudahan ini akan memberi gambaran berkenaan keadaan kesihatan kucing itu. Kucing merupakan haiwan yang mempunyai rutin, maka sebarang perubahan terhadap tabiat mereka perlulah di periksa agar tiada masalah kesihatan.

Privasi atau waktu bersendirian adalah amat penting bagi kucing. Walaupun kucing itu sangat sosial dan peramah dengan manusia, mereka masih memerlukan waktu bersendirian. Biasanya privasi ini diperlukan ketika mereka menghias diri dan membuang najis. Sesetengah kucing mahukan privasi ketika makan, tetapi ada juga yang lebih berselera makan jika ditemani tuannya.

Kucing yang suka mengasingkan diri, atau takut berada dikalangan manusia, perlulah diberi ruang untuk bersendirian dalam sehari. Memang benar kita boleh melatihnya untuk menjadi lebih sosial tetapi kebanyakan kucing sebenarnya sangat berwaspada dan berhati-hati secara semulajadi, dan tidak ada latihan yang boleh membuang tabiat itu sepenuhnya.

Ada pemilik pernah memberitahu saya yang mereka fikir kucing mereka mungkin pernah di dera sebelum dipelihara oleh mereka. Tapi dalam banyak keadaan, sebenarnya kucing sememangnya telah dilahirkan dengan sikap yang sebegitu. Kucing yang kelihatan takut, terlalu berhati-hati, lama kelamaan akan belajar untuk mempercayai anda dan jangan terkejut jika kucing itu akan menjadi teman yang sangat akrab, walaupun mereka mungkin tidak akan bermanja dengan orang lain sepertimana anda.

Kucing yang diperkenalkan kepada kucing baru yang lain, atau anjing, atau kanak-kanak di dalam rumah, perlu diberi masa untuk bersendirian. Adalah tidak adil jika anda mahukan kucing itu rasa gembira dan menerima kehadiran orang baru dalam rumah dalam masa singkat. Ini bukanlah naluri kcuing kerana kucing benci kepada perubahan. Mereka lebih gemar sesuatu perkara itu kekal asal sepertimana mereka yang mengubahnya (dan bukan orang lain, termasuk anda!). Kucing memerlukan seminggu hingga sebulan untuk menerima perubahan persekitaran, atau sekurang-kurangnya untuk dia tidak berasa begitu takut.

Apabila kucing itu baru dibawa ke rumah yang mempunyai kanak-kanak, semua orang berasa begitu teruja dan mahu menyentuh dan membelainya. Menjadi tumpuan perhatian bukanlah sesuatu yang digemari oleh kucing. Ibubapa perlu mengawal pengendalian kucing itu dan pastikan ia diberi peluang untuk berehat dan bersendirian.

Memasuki rumah baru memberi tekanan kepada kucing, dan tidak mendapat ruang untuk rehat dan menyendiri akan menambahkan lagi beban tekanan itu. Kucing yang tertekan akan mendapat impak negatif terhadap sistem imunisasinya, seperti pernah saya jelaskan artikel dahulu, binatang tidak seperti manusia yang dapat meredakan tekanan dengan cara bermain gitar, bercuti dan sebagainya.

Maka adalah penting untuknya diberi rehat, sediakan ruang untuknya bersembunyi dan tetapkan peraturan di rumah bahawa setiap kali kucing itu berada dalam tempat persembunyian, maka tiada siapa dibenarkan menyentuhnya. Jika anda tidak dapat memberi ruang itu kepadanya, anda perlu menyediakan carrier dan biarkan kucing itu berada di situ beberapa lama. Carrier seperti itu boleh memberinya rasa selamat dan bersendirian

Mengajar Kucing Kemahiran Tertentu




Bolehkah kita mengajar kucing beberapa kemahiran atau arahan tertentu? Ada orang mengatakan keupayaan anjing untuk mempelajari dan mematuhi beberapa arahan atau melakukan helah tertentu adalah bukti anjing lebih bijak daripada kucing. Ada juga yang mengatakan ini sebenarnya menunjukkan kucing yang sebenarnya lebih 'bijak' berbanding anjing kerana tidak mahu membodoh-bodohkan dirinya menggulingkan badan atau melompat jika disuruh.

Kita tidak akan berdebat dengan perkara siapa lebih bijak, saya sendiri tidak berminat untuk berdebat dengan perkara yang saya anggap agak sia-sia ini. Apa yang penting adalah anda perlu memahami bahawa kucing dan anjing berbeza pendekatannya bagaimana mereka berhubung dan berkomunikasi dengan manusia. Anjing telah dibina untuk menjadi sebahagian dariapa struktur keluarga, iaitu untuk menggalas tugas tertentu. Anjing berkelakuan begitu kerana moyangnya, iaitu serigala juga berkelakuan begitu. Survival mereka bergantung kepada keluarga atau kawanan (pack).

Kucing pula datang dari tempat yang berbeza, iaitu pemburu tunggal yang tidak memerlukan pasukan untuk meneruskan kehidupan. Zaman sekarang cakap, ala-ala lone-ranger lah.

Secara mudahnya, boleh dikatakan anjing perlu berada dengan manusia, manakala kucing memilih samada untuk berada atau tidak dengan manusia.

Disebabkan perbezaan ini, anda sama sekali tidak boleh membuatkan kucing anda melakukan sesuatu yang dia tidak mahu. Sesuatu perlu diberikan kepada mereka. Jika melatih kemahiran, biasanya ganjarannya adalah makanan, namun ada juga sesetengah kucing yang sedia menerima upah mainan atau belaian. Ajarkan kucing anda perkaitan antara perkataan, seperti 'duduk' dan kemudiannya diikuti perlakuan memberinya ganjaran atau pujian.

Sebilangan pakar pelatih kucing menganjurkan supaya kita mengajar arahan 'duduk' itu pada kucing yang lapar dalam bilik yang aman dan sunyi. Buatkan kucing anda berdiri dengan menyentuhnya pada bahagian ekor dan pegang makanan pada kedudukan tinggi sedikit daripada kepalanya. Sebutkan namanya dan berikan arahan 'duduk'. Secara perlahan-lahan, gerakkan makanan itu ke arah di antara kedua telinganya tapi jangan sampai terlalu rendah hingga dia boleh mencapainya dengan kaki hadapannya. Akhirnya dia akan duduk, dan jika dia buat begitu anda berikan pujian dan makanan tersebut.Latih ia dalam sessi yang pendek dan anda perlu bersabar. Kucing anda akan dapat memahami arahan tersebut.

Masalah Bulu Kucing Anda Gugur????

  Masalah bulu kucing yang melekat pada baju, sofa, permaidani dan sebagainya adalah perkara biasa. Tetapi amat menyakitkan hati apa bila masalah tersebut makin menjadi-jadi. Masalah keguguran pada bulu kucing sering terjadi terutama pada kucing yang berbulu lebat dan panjang.
Tahukah kamu apakah yang menyebabkan terjadinya masalah keguguran bulu kucing? Kebiasaannya Kucing akan mengalami keguguran bulu sebanyak setahun sekali dan diikuti serentak dengan pertumbuhan bulu-bulu yang baru. Tetapi ada juga kucing yang mengalami dua kali setahun dengan jumlah yang tidak terlalu banyak.
Sebab-sebab yang lain adalah seperti Kekurangan nutrisi, kelebihan vitamin juga adalah salah satu penyebabnya. Selain itu suhu kandang atau tempat tinggal kucing terlalu panas juga boleh menyebabkan keguguran bulu kucing, pemilihan syampu sangat penting. Syampu yang tidak sesuai boleh menyebabkan keguguran bulu kucing. selain itu kutu, tungau dan kulat juga adalah musuh utama pada kucing. Seperti manusia kucing juga mempunyai gangguan hormon, ini juga adalah salah satu penyebabnya. Alahan pada ubat dan gangguan antibodi yang tidak kuat juga membolehkan masalah bulu kucing gugur.

20 fakta menarik tentang kucing....

                                                            


  1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
  3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
  4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
  5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
  7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
  9. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
  10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe
  13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
  14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
  15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
  16. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  17. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  18. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut icon smile 20 Fakta Menarik Tentang Kucing
  19. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  20. Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari icon smile 20 Fakta Menarik Tentang Kucing

Kenapa Kucing Makan Rumput

1) Kucing makan rumput adalah kerana untuk mengharapakan dengan makan rumput, ia akan mengakibatkan ia seperti "keracunan" atau "sakit" kerana untuk mengeluarkan racun atau sakit yang ada kat dalam perut atau badannya. ini adalah kerna ia mengalami gangguan pencernaan di dalam saluran perut.



sesetengah laman web menyatakan, ia jugak keranap untuk memuntahkan semula bahan didalam perut. contohnya gumpalan bulu. Bulu jika tertelan dan tidak dikeluarkan amat bahaya untuk kesihatan kucing dan boleh mengakibatkan radang pada intestine kucing tersebut.

cuba korang lihat atau observe, lepas kucing nie makan rumput, ia akan senyap tidak bergerak beberapa saat, kemudian akan merasa mual seperti keracunan, dan kemudian akan memuntahkan sesuatu.



2) kucing adalah haiwan karnivor dimana kucing kebiasaanya makan daging dan ikan. tetapi, kucing juga sperti manusia memerlukan keseimbangan badan seperti calcium, protein dan sebagainya. oleh itu kadang- kadang, kucing memakan rumput @ sayur adalah untuk menambah serat di dalam badan. kucing pn pandai tau!

kucing siam

kucing Siam



Kucing Siamese
Kucing Siamese berasal dari negara yang bernama Siam. Anda tidak mengenal negara itu? Sekarang negara itu bernama Thailand. Maka dari itu kebanyakan orang indonesia yang saya ketahui menggunakan kucing siam untuk memanggil jenis kucing ini.

Jadi kucing Siamese dan siam itu satu jenis kucing. Dan hanya dibedakan oleh sebuah nama saja. Apalah artinya sebuah nama bukan? Seperti kesalahan ucap pada kucing anggora.

Memang banyak ya kucing terkenal dari asean contohlah juga kucing birman yang dari birma. Bahkan mungkin juga kucing abyssinian yang ada kemungkinan dari asean.

Pertama kali kucing siam ada di eropa adalah saat kucing ini dijadikan hadiah untuk duta besar inggris. Kemudian seperti perkiraan kucing siam ini menjadi popule di inggris kemudian eropa.

kucing siam

Ciri kucing siam adalah sebagai berikut (dan menurut aku kayak kucing paling unik aja, soalnya beda banget tapi tetep aja luci):
  • Bentuk tubuh panjang, langsing dan berotot
  • Tubuhnya yang langsing dan anggun
  • Kepala kecil dan berbentuk segitiga
  • moncongnya mancung,
  • Bermata biru
  • Telinga yang lebar
  • bulu pendek dan halus
  • Ada warna kontras di ujung-ujung tubuh seperti kaki, telinga, mulut, ekor,hidung dan sekitar mata
Sifat dari Kucing Siamese atau kucing siam ini adalah selalu ingin tahu dan hiperaktif. Kadang-kadang juga menjengkelkan karena terlalu berisik.

ras kucing tiffany

Ras Kucing Tiffany



Kali ini kita akan membahasa Ras Kucing Tiffany . Bagaimana dan apa jenis kucing ini?

Sekitar tahun 1967 di New York, Amerika Serikat.... pemilik Neotype Cattery yang bernama Jennie Robinson membeli sebuah rumah dan ternyata dalam penjualan rumah itu mereka juga mendapat paket sepasang kucing juga.

Nama kucing itu adalah Thomas Dan Shirley. Namun tidak diketahui mengenai latar belakang maupun jenis kucing asal induknya. Jenis kucing tersebut memiliki warna cokelat dan berbulu semi longhair dan tipe badan semi foreign.

Akhirnya kedua pasangan kucing itu melahirkan 6 ekor anak. Anehnya semua anak kucing mirip dengan ibunya yang berwarna coklat solid.

Kemudian Jennie Robinson membuat sebuah progam pengembangbiakkan kucing. Tepatnya tahun 1970 Jennie mendaftarkan Thomas dan shirley beserta anak kucing mereka ke ACA (American cat Association)

Beberapa ahli menduga bahwa kucing tersbut hanya keturunan dari Burmese. Namun mereka tidak memiliki warna sepia yang merupakan ciri khas burnese. Beberapa kucing tersebur dijual kepada Sigyn Lund (peternak kucing Burmese). Kemudian dia memperkenalkan ras Tifanny

kucing toyger

Kucing Toyger



Toyger adalah kucing berukuran sedang dengan bulu menyerupai bengal. Toyger mempunyai temperamin yang baik dengan kesehatan yang baik dan relatof tahan terhadap penyakit.
Warna ideal adalah warna oranye tua dengan belang hitam seperti pada harimau. Pola belang harus memanjang tanpa ada spot. Telinga kecil dan bulat. Secara keseluruhan Toyger mempunyai struktur pertulangan yang padat dan seimbang.

Ras kucing ini merupakan hasil persilangan kucing domestik dengan bengal. Tujuannya untuk menghasilkan harimau kecil yang bisa diajak main dan dipelihara di dalam rumah. Kata Toyger sendiri merupakan singkatan dari "Toy Tiger" (harimau yang bisa diajak main).

Ras Toyger ditemukan dan dikembangkan oleh Judy Sugden, pemilik sebuah Cattery di Amerika yang bernama "EEYAAS Cattery". Toyger dihasilkan dengan cara menyilangkan kucing domestik belang (tabby) yang berbulu pendek, dengan Bengal Tabby Standar. Setelah bertahun-tahun kerja keras, perkawinan kucing-kucing ini menghasilkan kucing-kucing dengan warna belang menyerupai harimau.