Adakah anda merasakan kucing anda terlalu 'nakal', atau suka kencing merata-rata, mencakar karpet atau sofa dan mengunyah kabel telefon anda? Ini semua adalah perkara yang berkaitan dengan perilaku kucing dan adalah penting untuk kita memahaminya. Peringkat pertama adalah faham mengapa ia berlaku, sebelum memulakan langkah mengatasinya. Sebahagian pemilik kucing suka membelai kucing, ketawa melihat telatahnya tetapi tidak mahu memahami tabiat kucing yang dibelanya. Apabila berlaku sesuatu perkara, misalnya melihat tompokan air kencing pada kaki kerusi, mereka bertindak dari sudut alam manusia iaitu kemarahan dan hukuman. Masih ramai yang tidak melihat dari sudut alam kucing, memahami mengapa perkara itu berlaku dan melakukan langkah pencegahan.
Kucing tidak mampu untuk melihatnya dari kacamata manusia, maka adalah wajar bagi kita, manusia yang mempunyai akal melihat sesuatu insiden itu dari kacamata kucing. Himpunan artikel di bawah akan membantu anda untuk memahami tabiat kucing, dan memberi gambaran bagaimana mewujudkan suasana di mana anda dan kucing boleh hidup bersama. Klik sahaja tajuk di bawah untuk membaca artikel penuh.
Dilema Masalah Perilaku Kucing
Ini adalah kiriman pertama di blog ini, menceritakan dilema yang dihadapi oleh pemilik kucing. Teruja dengan kemanjaan kucing lantas membuat keputusan untuk membelanya, namun menghadapi kerenah kucing yang akhirnya menaikkan kemarahan anda, dan kadangkala menghilangkan sabar lalu mengenakan hukuman fizikal seperti memukul, menendang atau menghumbannya ke tanah. Anda tahu ianya salah dan zalim, tetapi anda masih memukulnya kerana anda tidak memahami mengapa kucing itu melakukannya. Beri peluang kepada diri anda untuk membaca tajuk ini terlebih dahulu.
Penekanan utama dalam tajuk ini adalah masalah kesihatan. Jadikan klinik vet sebagai rakan karib anda.
Punca Masalah Perilaku Kucing
Mengapa ianya berlaku, ini adalah soalan yang sering disalah faham oleh kebanyakan dari kita. Apabila kucing melepaskan najisnya pada longgokan baju berbanding kotak najis, kita menganggap kucing itu jahat, tetapi tidak pernah melihat mengapa kucing itu menjauhi kotak najisnya. Kenali puncanya terlebih dahulu, ini akan membantu anda mengelakkan masalah itu berulang di masa akan datang. Percayalah.
Seperti sebelumnya, masalah kesihatan diberikan pertimbangan yang berat. Hafal nombor telefon klinik vet anda.
Mengapa Kucing Bersikap Agresif
Anda sedang membelai kucing anda, ia kelihatan tenteram di riba anda dan apabila anda berpaling kucing anda terus membenamkan kukunya pada tangan anda. Kiriman ini cuba melihat mengapa serangan sebegini muncul pada kucing anda yang kelihatan diam pada awalnya. 4 sebab umum diberikan dalam tajuk ini, bersama dengan tips untuk mengesan cubaan serangan dan mengatasinya.
Sekali lagi, penekanan utama diberikan kepada masalah kesihatan. Letakkan masalah kesihatan sebagai perkara utama dalam apa jua situasi berkaitan perilaku.
Mengubah Tabiat Kucing
Kiriman ini melihat bagaimana kita boleh mengajar kucing apa yang boleh, dan apa yang tidak boleh. Dimana tempat yang dia boleh memanjat, dan dimana tempat dia tidak dibenarkan memanjat. Di mana tempat untuk dia kencing, dan di mana dia tidak dibenarkan untuk kencing. Kaedah yang diberikan adalah yang boleh difahami oleh kucing, untuk membolehkan anda dan kucing hidup bersama dengan menetapkan peraturan-peraturan tertentu di rumah.
Peralatan Mendisiplinkan Kucing
Beberapa peralatan tertentu akan membantu anda mengubah tabiat kucing, tanpa mecederakannya. Anda boleh membelinya, atau menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkannya. Apa yang penting adalah alat bantu ini selamat pada anda dan kucing, dan ianya berkesan.
Memahami Perilaku 'Buruk' Kucing
Alangkah indahnya jika ketika kita sedang melihat kucing kita mahu mencakar sofa yang baru di beli, dan kita berkata kepadanya ,"Comel, jangan cakar sofa tu, ianya baru dibeli dengan Aeon Kredit dan belum habis di bayar lagi, duduk diam-diam". Kiriman ini akan memberitahu mengapa perbualan tadi tidak akan berlaku, dan mengapa kita perlu berhenti berharap kucing berkelakuan seperti manusia.
Menanda Kawasan
Barangkali perkara yang sering menaikkan kemarahan kita adalah kucing yang suka kencing merata-rata. Walaupun telah diulang beberapa kali bahawa neuter dan spay akan mengatasi masalah kencing ini sebanyak 90%, masih tidak ramai dari kita yang melakukannya. Kiriman ini melihat bagaimana mengendalikan baki 10% jika ianya berlaku atau jika anda masih tidak neuter/spay, cara-cara untuk mengurangkan perilaku ini.
Sediakan Tempat Untuk Si Comel Mencakar
Mencakar memberi manfaat pada kucing dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Mencakar memberi rasa kepuasan terhadap kucing, menjaga kukunya dan memberi regangan yang baik pada otot kaki serta tubuhnya. Mencakar juga adalah satu bentuk komunikasi, iaitu penandaan kawasan. Kita perlu menyediakan tempat untuknya mencakar dan kiriman ini memberitahu mengapa, ciri-ciri tiang pencakar yang baik dan bagaimana melatih kucing menggunakannya.
Membuang Kuku Kucing | Declawing
Declawing adalah prosedur pembedahan yang kontroversi yang melibatkan kuku kucing di buang. Di Malaysia tidak ramai melakukannya, mujurlah, kerana ia adalah menyakitkan, kejam dan tidak berperikemanusiaan.
5 Sebab Mengapa Tidak Boleh Declawing
Kiriman ini memberi 5 sebab kukuh mengapa declawing tidak boleh dilakukan.
Tanda-Tanda Stress Pada Kucing
Ya, kucing serta haiwan lainnya juga mengalami tekanan seperti manusia. Kucing sepertimana manusia akan bertindakbalas terhadap tekanan tersebut, tetapi berita buruknya adalah tindakbalas itu mungkin akan menyebabkan anda mengeluh kerana sekali lagi anda terpaksa mengangkat baldi air dan mengenakan sarung tangan getah untuk mencuci kencing yang dipancutkannya di beberapa tempat.
Menggembirakan Kucing Yang Bosan
Kebosanan, salah satu faktor menyebabkan munculnya perilaku yang tidak diingini. Ia mungkin nampak remeh, tetapi ini adalah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap pemilik kucing. Kiriman ini menjelaskan apa yang kita boleh lakukan untuk menggembirakannya, sekaligus mengelakkan dari perilaku yang akan memeningkan kepala kita di masa hadapan.
Bertimbangrasa dan Konsisten
Kita tidak mahu kucing mencakar langsir, tetapi adakah kita menyediakan kayu pencakar untuknya? Kita tidak mahu kucing memanjat rak TV tetapi adakah kita menyediakan ruang lain untuknya memanjat, menjemur dan berehat? Bacaan ringkas tapi wajib jika anda sedang mencuba mengubah perilaku kucing anda. Jika kita tidak menepati 2 perkara ini, ubahan perilaku tidak akan berjaya malah mungkin akan mengundang masalah baru. Luangkan masa membacanya, supaya anda tahu mengapa 2 perkara ini penting.
Apabila Perilaku Tidak Dapat Dihadapi
Kadangkala segala usaha tidak berjaya dan kucing anda menjadi terlalu ganas untuk dikendalikan.
Tak menyelesaikan masalah pun.... cerita semua tak habis.. contoh, kayu pencakar tu macam mana rupanya.. letak beloti kayu boleh ke? Nak gembirakan kucing tu macam mana, dengan belikan dia kereta sport sebiji?
ReplyDeleteKalau penjelasan camni..nyampah je..ilmu x sampai..tertalu superficial
ReplyDeletekene klik kat tajuk tu baru keluar artikel penuh..yg kat atas tu cume tajuk dan ringkasannye je..
ReplyDelete