Pages

Wednesday

Penyakit Kucing Yang Membawa Maut

Disini ada 1 perkara yang ingin dihebahkan buat pengetahuan semua, juga sebagai panduan bagi yang menyayangi kucing peliharaan anda. Antara sebab yang menimbulkan kemurungan dan keadaan yang kelihatan “sakit” bagi seseekor kucing adalah disebabkan oleh demam, iaitu suhu badan yang melebihi dari suhu biasa bagi seekor kucing yang sihat.

Antara suhu yang dikategorikan Demam tersebut adalah diantara 35′C – 38′C…. ( Mungkin yang pakar boleh menerangkan lagi )Namun begitu…ada sesetengah kucing ini mengalami demam pada suhu yang melampau….seperti 38′C hingga 45′C…..dan ini diistilahkan sebagai demam panas yang jarang berlaku kepada kucing. namun begitu, jika dikesan lebih awal ia dapat diselamatkan dgn pelbagai kaedah. malahada diantaranya yang mengalami penyakit “sawan” seperti mana yang dialami manusia.

Pada tahap tersebut….kucing biasanya sudah tidak mampu mengawal fikiran dan tidak lagi mampu mengawal pergerakan badan yang mana akan menyebabkan system perkumuhan dan pernafasan turut terjejas. Atau dengan lebih tepat lagi….degupan jantung mereka akan berhenti pada bila2 masa dan menyebabkan kematian yang mengejut. ( ini biasa terjadi pada kucing yang hyperactive dan yang mengalami gejala spt yang disebutkan )

Antara gejala awal :

1. Kemurungan
2. Kelihatan pasif
3. Suka menyendiri
4. Mendiamkan diri ditempat yang sejuk spt bilik air, lantai bersimen, ruang tersorok dll.
5. Duduk dan melipatkan tangan kearah dada dan menegakkan kepala dengan mata yang tertutup.
6. Kencing yang berwarna kekuningan lebih dari kencing yang biasa…juga najis yang cair dan berbau..
7. Sememangnya kelihatan sakit. ( Keadaan yang lain dari hari2 biasa yang anda kenali terhadap kucing peliharaan anda )


Antara Sebab / Punca :

1. Hyper active dalam usia yang terlalu muda.

2. Makan yang berlebihan. Kurang air dalam badan

3. Gejala kecil yang bermula seperti selsema dan bersin yang kerap

4. persekitaran yang kotor ( terutama bagi yang pernah mengalami masalah kutu sebelunnya )

5. Multivitamin yang berlebihan ( ia bertindak seakan fungsi steriod kepada manusia )nota : mulltivitamin akan meningkatkan suhu mereka!!( jadi ia sama sekali tidak sesuai diberi ketika kucing sedang mengalami selsema atau kepanasan )

6. Gejala terlalu kerap dimandikan ( terutama yang menggunakan air paip shj. )

7. mengalami tekanan akibat perubahan tempat, makanan, pertukaran tuan baru dan juga persekitaran. ( kerana kucing sangat sensitif )

Perkara Asas Perlu Ada di Rumah Untuk Membela Kucing


  • Kawasan untuk meletakkan kucing – boleh jadi sangkar, bilik atau open. terpulang sama ada anda nak jadikan kucing peliharaan indoor cats atau outdoor. macam Mia ( my cat), EB latih suruh duduk dalam rumah (indoor). So, kalau keluar rumah. Letak dalam sangkar. Tapi dinasihatkan janganlah letak kucing terlalu lama dalam sangkar yang kecik, kesian mereka. Cuba bayangkan diri kita dalam tempat sempit, mesti tak selesakan?
  • Scratching pole/texture – ini penting supaya kucing tak mencakar kerusi kulit anda etc.  Mia dulu selalu cakar kerusi, tapi bila dah beli scratching pole, baru henti tabiat tu. Ini sebab kita dah sediakan alternatif untuk dia. Kalau kita tak nak barang-barang di rumah rosak, sediakanlah sesuatu texture untuk kucing cakar.
  • Litter box/ kotak pasir kucing – kucing macam manusia juga, perlu buang air. So litter box ini menjadi tempat untuk melepaskan hajat. Mungkin litter box ini lebih berfungsi kepada kucing indoor, kalau kucing outdoor mungkin akan buang merata-rata di luar. Kalau tinggal kampung oklah, tapi di bandar. Boleh buat gaduh dengan jiran!
  • Pasir kucing – boleh beli di mana-mana kedai yang menjualnya. Pelbagai jenis ada, yang kedap baulah, yang tiada habuklah. Belilah mengikut kemampuan masing-masing. Pasir ini perlu diletakkan di dalam litter box tadi.
  • Makanan kucing – kucing bukannya makan angin boleh kenyang. bukan juga menggunakan proses fotosintesis untuk terus hidup. Jadi kucing perlukan makanan. Malaysia memang mewah dengan makanan, begitu juga dengan makanan kucing. Jadi pilihlah makanan yang mengikut kemampuan anda dan umur kucing anda.
  • Permainan kucing – ini mungkin side need. tapi EB rasa penting kalau kita nak kucing yang aktif. biasa kucing suka kejar benda, jadi ciptalah sesuatu permainan yang boleh kucing kejar. Kalau Mia, EB sediakan satu rantai dan ikat sesuatu di hujung. Then Mia akan kejar benda di hujung tu. Sambil main dengan kucing, badan juga boleh senaman.

Perkara Asas Perlu Anda Lakukan Setelah Membela Kucing :

  • Menyayangi kucing anda – buat apa kita bela kucing kalau nak sepak terajang dia je? Jadi sayangilah kucing itu seperti menyanyangi orang yang paling anda sayang. sesungguhnya kucing juga ada perasaan.
  • Mandikan kucing – kalau banyak duit, boleh hantar ke pet shop. Tapi EB prefer buat sendiri. Just beli syampoo pet di kedai. Bawak masuk Mia dalam bilik air sambil dia meraung-raung. Basahkan badan dia dan sabunkan then bilas. Kucing pun kene mandi, kang busuk je kalau nak peluk-peluk dia.
  • Cuci pasir kucing – kucing punya litter box tiada flush, jadi pemilik kucinglah yang kene bersihkan sisa najis kucing tu. Mudah je, hanya pakai penutup hidung (kalau tak tahan bau), amik scoop, scoop najis, masuk dalam plastik. Siap! Lakukan perkara ini sekerap mungkin agar kebersihan terjamin. Rumah pun takdelah bau najis je.
  • Beri makan dan minum – bagilah kucing makan mengikut rutin yang sesuai. Jangan kasi bedal je.
  • Vaksin kucing – ini untuk mengelak kucing dari mendapat penyakit. Boleh bawa kucing ke klinik haiwan terdekat untuk mendapatkan suntikan. Tak mahal pun.

Kucing merupakan makhluk Tuhan juga. Jadi jagalah mereka, sayangilah mereka. Jika nampak mereka di luar, jangan sepak terajang seperti mereka patung tak bernyawa. Sungguh pun ada tak menyukai kucing, patutkah anda membencinya? Bagi sesiapa yang baru nak membela kucing, teruskanlah niat murni anda. Banyak ganjaran pahala diterima. Berilah kasih sayang padanya.

perasaan seekor kucing