Pages

Wednesday

Penyakit Kucing Yang Membawa Maut

Disini ada 1 perkara yang ingin dihebahkan buat pengetahuan semua, juga sebagai panduan bagi yang menyayangi kucing peliharaan anda. Antara sebab yang menimbulkan kemurungan dan keadaan yang kelihatan “sakit” bagi seseekor kucing adalah disebabkan oleh demam, iaitu suhu badan yang melebihi dari suhu biasa bagi seekor kucing yang sihat.

Antara suhu yang dikategorikan Demam tersebut adalah diantara 35′C – 38′C…. ( Mungkin yang pakar boleh menerangkan lagi )Namun begitu…ada sesetengah kucing ini mengalami demam pada suhu yang melampau….seperti 38′C hingga 45′C…..dan ini diistilahkan sebagai demam panas yang jarang berlaku kepada kucing. namun begitu, jika dikesan lebih awal ia dapat diselamatkan dgn pelbagai kaedah. malahada diantaranya yang mengalami penyakit “sawan” seperti mana yang dialami manusia.

Pada tahap tersebut….kucing biasanya sudah tidak mampu mengawal fikiran dan tidak lagi mampu mengawal pergerakan badan yang mana akan menyebabkan system perkumuhan dan pernafasan turut terjejas. Atau dengan lebih tepat lagi….degupan jantung mereka akan berhenti pada bila2 masa dan menyebabkan kematian yang mengejut. ( ini biasa terjadi pada kucing yang hyperactive dan yang mengalami gejala spt yang disebutkan )

Antara gejala awal :

1. Kemurungan
2. Kelihatan pasif
3. Suka menyendiri
4. Mendiamkan diri ditempat yang sejuk spt bilik air, lantai bersimen, ruang tersorok dll.
5. Duduk dan melipatkan tangan kearah dada dan menegakkan kepala dengan mata yang tertutup.
6. Kencing yang berwarna kekuningan lebih dari kencing yang biasa…juga najis yang cair dan berbau..
7. Sememangnya kelihatan sakit. ( Keadaan yang lain dari hari2 biasa yang anda kenali terhadap kucing peliharaan anda )


Antara Sebab / Punca :

1. Hyper active dalam usia yang terlalu muda.

2. Makan yang berlebihan. Kurang air dalam badan

3. Gejala kecil yang bermula seperti selsema dan bersin yang kerap

4. persekitaran yang kotor ( terutama bagi yang pernah mengalami masalah kutu sebelunnya )

5. Multivitamin yang berlebihan ( ia bertindak seakan fungsi steriod kepada manusia )nota : mulltivitamin akan meningkatkan suhu mereka!!( jadi ia sama sekali tidak sesuai diberi ketika kucing sedang mengalami selsema atau kepanasan )

6. Gejala terlalu kerap dimandikan ( terutama yang menggunakan air paip shj. )

7. mengalami tekanan akibat perubahan tempat, makanan, pertukaran tuan baru dan juga persekitaran. ( kerana kucing sangat sensitif )

1 komen ..^_^:

  1. Anonymous10:27 am

    VideoGameFAQs - YouTube
    Hi! If you want to find any of the answers to my youtube to mp3 downloader question please click here. https://www.youtube.com/user/videoGameFAQs

    ReplyDelete