Kucing anda menyayangi anda dan gembira ditemani oleh anda tapi jika anda mahu meyakinkannya untuk melakukan sesuatu itu mengikut cara anda, anda perlu menjawab soalan yang sangat-sangat penting bagi kucing iaitu, Apa ganjarannya untuk aku?
Berita baiknya adalah kucing merupakan binatang bertabiat dan mempunyai rutin. Setelah kucing anda memahami dimana tempat yang dibenarkan untuk mencakar, mengunyah atau membuang air, anda boleh menyimpan semua peralatan-peralatan khas yang digunakan untuk meyakinkan mereka itu pada awalnya.
Ya, Comel!
Berikan ganjaran kepada kucing anda terhadap perilaku baik mereka dengan makanan, mainan atau belaian. Jika kucing anda menggunakan tiang pencakar (scratching post) berbanding sofa, pastikan mereka tahu yang anda menyetujui tindakan mereka dengan bermain menggunakan joran kucing atau mainan yang diikat dengan tali. Beritahu mereka yang mereka baik kerana menggunakan kotak najis dan menggigit mainan mereka berbanding selipar anda. Kucing anda tidak dilahirkan dengan mengetahui segala peraturan di rumah anda dan jika anda menetapkan peraturan itu menyenangkan perasaan kucing, anda mempunyai banyak peluang untuk membuatkan dia mengikuti peraturan tersebut.
Jangan, Comel!
Jangan sesekali memukul kucing anda dan jangan buat mereka berfikir setiap kelakuan disiplin itu datang daripada anda. Disiplin fizikal adalah perkara yang sangat teruk dan tidak membawa apa-apa makna bagi kucing. Malah ia hanya membuatkan situasi bertambah buruk dengan menjadikan kucing anda mengalami stress dan takut dengan anda.
Apa yang berkesan bagi kucing adalah dengan membuatkan mereka percaya bahawa tindakan salah mereka itu menyebabkan reaksi automatik yang mereka tidak suka, dan anda tidak ada kaitan langsung dengannya, setakat yang mereka tahu lah. Sofa yang mereka suka cakar itu kini di alas dengan sesuatu yang mereka tidak suka sentuh. Apabila mereka duduk di kaunter dapur mereka berasa ada kesan elektrostatik yang tidak digemari pada tapak kaki mereka atau tiba-tiba ada semburan air diarah kepada mereka.
Berikut adalah beberapa 'jerangkap samar' yang sangat berkesan untuk menjauhkan kucing anda melakukan beberapa tabiat dan membolehkan anda berdua hidup harmoni:
Gunakan air dan bunyi bising
Secara licik, anda spray kucing anda menggunakan botol penyembur air atau bunyikan hon udara, atau goncangkan duit syiling dengan kuat di dalam botol tin kosong, atau picitkan mainan anjing yang berbunyi apabila dipenyek. Kucing tak suka bunyi tu tapi jangan guna alat ini jika anda mempunyai anjing, kerana anjing menyukainya! Gunakan peralatan tersebut ketika kucing anda melakukan tabiat buruk, seperti menggigit sofa, mencakar perabot dan sebagainya. Kucing anda haiwan yang mempunyai rutin dan dia akan mempelajari bahawa mencakar langsir adalah perkara yang perlu dijauhi kerana ada bunyi hon yang bising jika dia melakukannya. Pastikan anda menyorok atau pastikan dia tidak tahu anda yang melakukan ini semua. Biar mereka fikir bahawa ini semua berlaku secara automatik.
Gunakan pengalas
Alas seuatu pada kawasan yang anda tidak mahu kucing anda berada dengan menggunakan pita pelekat dwi-permukaan (double sided tape)atau pita pelekat biasa. Tikar elektrik yang memberikan kesan elektrostatik kecil, dipanggil Scat Mat juga bagus digunakan untuk permukaan perabot ,kaunter atau meja.
Perangkap tikus kayu
Perangkap tikus jenis kayu juga alat bagus untuk memberikan mesej kepada kucing anda agar tidak mendekati sesuatu tempat. Gunakan perangkap yang tiada gerigi tajam dan letakkan secara terbalik, dimana permukaan kayu itu menghadap ke atas. Letakkan di atas permukaan meja atau dapur dan tutupkan dengan suratkhabar. Alat ini bukan untuk mencederakan atau memerangkap, hanya sekadar membuat kucing terkejut sahaja. Selepas kucing anda terserempak dengan perangkap ini, dan terkejut melihatkan perangkap itu melompat dan tertutup dengan sekelip mata, sudah cukup untuk membuatkannya berfikir bahawa tempat ini perlu dijauhi.
Letakkan sesuatu yang berbau busuk
Letakkan sedikit sos atau penyembur Bitter Apple pada pengalas atau piring di tempat yang anda tidak mahu kucing anda berada. Penyembur Bitter Apple juga berguna untuk mengelakkan kucing anda mengunyah (chewing) wayar elektrik. Anda tidak perlu meletakkan terlalu banyak, deria rasa dan bau kucing anda sangat tinggi!
Mr Green Casino | DrmCD
ReplyDeleteA modern casino is the latest addition to a world of casinos. It has the latest addition, 용인 출장샵 it's an exciting way to 광명 출장안마 experience the world 제주 출장안마 with Rating: 아산 출장샵 3.4 · 9 reviews 인천광역 출장샵
pop over to this site sex dolls,sex chair,male sex doll,cheap sex toys,wholesale sex toys,sex chair,dog dildo,cheap sex toys,sex toys have a peek at this web-site
ReplyDelete