Pages

Tuesday

Menetapkan Peraturan Di Dalam Rumah


Bayangkan begini, kita mahu kucing kita bebas bermain di mana sahaja di dalam rumah tetapi bukan di belakang atau di atas TV. Kita mahu dia makan di dalam mangkuk yang disediakan dan tidak mahunya melompat di atas meja makan.

Atau kita mahu kucing bebas bermanja dan bergurau kecuali ketika kita sedang bekerja di hadapan komputer. Perkara sebegini adalah yang dikatakan undang-undang atau peraturan rumah.

Pendapat yang meluas mengatakan kucing kurang mampu mempelajari peraturan rumah. Kepercayaan ini adalah disebabkan kecenderungan kucing yang mahu sesuatu perkara itu mengikut kehendaknya sendiri. Perkara ini adalah benar, tetapi tidaklah benar sepenuhnya.

Kucing adalah binatang yang bijak dan boleh diajar beberapa peraturan dan mungkin juga kemahiran tertentu, jika mereka diajar dengan sabar, konsisten dan bertimbangrasa.

Adalah amat penting jika kita mahu anak kucing mematuhi sesuatu peraturan sehingga ianya dewasa, ia mesti diajar dan dimulakan sejak kecil lagi.

Misalnya kita tidak mahu kucing melompat ke atas meja makan. Ini perlu di ajar semasa kucing itu masih kecil. Cuba elakkan peraturan itu menjadi longgar hanya kerana anak kucing itu kelihatan sangat comel atau kerana kucing itu masih baru di rumah, kemudian menghukumnya pula apabila dia dewasa.

Kucing tidak akan dapat memahami mengapa dia dibenarkan untuk berada di atas meja makan semasa kecil, tetapi dihukum pula atas perlakuan yang sama ketika dewasa.

Sesetengah orang berkongsi katil dan tidur bersama kucingnya. Tetapi bukan semua orang begitu, mungkin anda tidak selesa berkongsi katil kerana kucing anda uka menggigit kaki anda, atau anda mempunyai alahan kecil. Apa sahaja sebabnya, sekadar menutup pintu bilik sahaja mungkin tidak memadai, melainkan kucing itu diajar supaya menjauhi bilik anda dan tidak berteriak apabila pintu ditutup.

Kucing tidak suka pintu yang tertutup. Naluri semulajadinya mendorong mereka untuk menyiasat apa disebalik pintu tersebut, walaupun mereka sudah pun mengetahuinya sebelum ini.

Tetapi seperti mana peraturan-peraturan lain, mengajarnya memerlukan kesabaran, konisisten dan bertimbangrasa. Kucing yang sentiasa dibenarkan berada dalam bilik tidur dan tiba-tiba ditegah akan berkemungkinan besar tidak akan menerima perubahan ini dengan serta-merta (dan mungkin juga memberontak).

Dia mahu bersama anda dan tidak memahami mengapa tiba-tiba tidak dibenarkan berbuat demikian. Dia mungkin menjerit dan berteriak di luar pintu, mencakarnya atau cuba menyelitkan kakinya dibawah celah pintu seolah-olah dia dapat mengangkat pintu itu ke atas supaya dapat melaluinya.

Kita boleh meletakkannya di bilik lain tetapi jeritannya mungkin tidak membenarkan anda untuk tidur dengan nyenyak. Ini adalah contoh mengapa kita perlu tetapkan dahulu peraturan yang perlu dipatuhi oleh kucing sebelum kita memeliharanya.

Monday

Perkembangan Anak Kucing 6 – 12 Bulan


Kucing akan menjadi dewasa semasa tempoh ini. Permainan sosial berkurang dan kadar metabolisme akan menurun bagi kucing yang di neuter dan spay.

Pada masa ini kucing perlu mengambil kurang kalori untuk mengelakkan kegemukan, dan ini dapat dicapai dengan menukarkan dietnya kepada makanan penyelenggaraan kucing dewasa. Diet ini mempunyai kurang kalori dan lebih fiber berbanding kucing muda.

Sistem imunisasi menjadi matang dan kucing akan mempunyai keupayaan semulajadi untuk melawan jangkitan.Proses ini berterusan sepanjang alam dewasa tetapi akan berkurang apabila tiba umur tua.

Personaliti kucing akan menjadi lengkap, berdasarkan faktor genetik dan pengalamnnya sewaktu muda. Perilaku akan menjadi rutin. Kucing yang berada dalam sekumpulan kucing dalam rumah yang sama akan mempunyai hirarki sosial (atau pangkat sosial) dalam rumah tersebut
.


Thursday

Tips Penjagaan Kucing


Sebagai permulaan untuk membela kucing,mungkin anda boleh beli kucing yang jenis berbulu pendek. lebih senang jaga berbanding kucing yang berbulu panjang. kucing yang berbulu panjang ni perlu extra penjagaan. hari-hari kena berus/sikat bulu kucing kalau tidak bulu-bulu itu akan berpintal. bila berpintal bulu tu akan tarik kulit kucing , nanti sakit pulak kucing tersebut. paling teruk bila jadi macam tu kene gunting terus bulunya atau kalau dah nak gunting pun susah kene cukur terus lagi kesian kan.

lagi satu kucing suka jilat bulu untuk berkemas kan, bila dia jilat bulu akan masuk dalam perut dan terhasil hairball. kalau kita jarang berus bulu kucing, maka banyak lah bulu2 yang akan masuk dalam perut nanti jadi hairball kesian kucing tu. bila kita berus, bulu2 yang nak cucur akan tersangkut pada berus so kalau kita berus selalu takde lah bila kita pegang kucing tu ada bulu dia tertanggal kat tangan kita kan. bulu yang sangkut pada berus kita boleh buang.

lagi satu kalau perasan, kucing suka makan sejenis rumput kan, tu sebenarnya untuk nak muntahkan hairball. kalau bela kucing indoor, boleh beli biji benih rumput di petshop, dan balik tanam. kalau tak nak tanam rumput boleh kasi laxatone untuk memuntahkan hairball. kalau boleh sejak kucing tu kecik lagi ajar dia untuk diberus, kalau dah besar baru nak berus setengah kucing tak suka.

kucing yang berbulu panjang ini kadang-kadang kita kene trim bulu dia jugak. contohnya di sekitar private part supaya bila dia buang air kecik/besar takde najis yang terlekat. salah satu dari anak bulu saya tu bulu dia extra panjang, memang kenalah trim skit ekor kucing tersebut selama dua bulan sekali.

Tuesday

5 Jenis Kucing Paling Unik Didunia

Scottish Fold.

 Ini kucing dengan penampilan burung hantu seperti disebut Scottish Fold. Hal ini juga kadang-kadang disebut Coupari, berkembang biak dengan mutasi gen dengan dominan-alam yang membuat tulang rawan telinganya berisi dan terlipat menyebabkan telinga membungkuk ke depan dan ke bawah ke arah depan kepala mereka. nama aslinya sebenarnya adalah Flops untuk “floppy ” ears. Nama Scottish Fold menjadi nama yang berkembang di tahun 1966.

Sphynx

Kucing aneh ini berkembang biak langka, Sphynx adalah sebutnya yang juga dikenal sebagai berbulu Kanada. Kucing ini terkenal karena masih kurang dimengerti perkembangannya. Sphynx yang pertama yang berhasil berkembang biak adalah kucing berbulu yang pertama kali muncul pada tahun 1966.


Peterbald.

 Kucing lain yang berkembang biak dan aneh adalah Peterbald. Dia ini berasal dari Rusia. Mereka sebenarnya bukannya tidak berbulu tetapi lebih mirip rambut yang sangat pendek. Seekor Peterbald memiliki cara yang elegan ramping dan kepala yang khas: sempit dan panjang dengan profil lurus, mata berbentuk almond, dan telinga besar. Mereka kehilangan gen rambut dan kulit mereka memiliki warna penampilan abu-abu.

Turkish Angora

Seperti namanya berarti kucing aneh ini berkembang biak di Turki. Mata Angora Turki yang membuat breed unik. Matanya mungkin biru, hijau atau kuning, atau satu bahkan biru dan satu kuning. Gen bertanggung jawab atas mantel putih dan mata biru berkaitan erat dengan kemampuan mendengar, dan kehadiran mata biru dapat mengindikasikan mata kucing yang biru berati telinga pada sisi tersebut tuli.
Oriental Shorthair.

Kucing Unik ini berkembang biak dengan nama Oriental Shorthair disebut-sebut terlihat seperti anjing. Kucing ini menggabungkan tubuh anjing dan kucing dengan keragaman warna dan pola. Dia Ini berkembang biak dengan kecerdasan lebih baik dan merupakan binatang yang sangat ramah. Mereka mempunyai sifat khas ingin tahu, ramah, emosional, menuntut dan seringkali cukup vokal.