Pages

Monday

Perkembangan Anak Kucing 6 – 12 Bulan


Kucing akan menjadi dewasa semasa tempoh ini. Permainan sosial berkurang dan kadar metabolisme akan menurun bagi kucing yang di neuter dan spay.

Pada masa ini kucing perlu mengambil kurang kalori untuk mengelakkan kegemukan, dan ini dapat dicapai dengan menukarkan dietnya kepada makanan penyelenggaraan kucing dewasa. Diet ini mempunyai kurang kalori dan lebih fiber berbanding kucing muda.

Sistem imunisasi menjadi matang dan kucing akan mempunyai keupayaan semulajadi untuk melawan jangkitan.Proses ini berterusan sepanjang alam dewasa tetapi akan berkurang apabila tiba umur tua.

Personaliti kucing akan menjadi lengkap, berdasarkan faktor genetik dan pengalamnnya sewaktu muda. Perilaku akan menjadi rutin. Kucing yang berada dalam sekumpulan kucing dalam rumah yang sama akan mempunyai hirarki sosial (atau pangkat sosial) dalam rumah tersebut
.


0 komen ..^_^:

Post a Comment