Pages

Tuesday

maklumat pemakanan kucing

Ini serba sedikit maklumat tentang permakanan kucing yang mungkin saya boleh kongsi bersama mungkin bukan semua fakta lengkap atau betul....tapi jika sape2 ade maklumat yang ingin dikongsikan bersama silakan jangan malu2.....




1. kalau nak beli makanan kucing pastikan jangan beli makanan yang dijual di pasaraya kerana kebanyakan brand yang dijual disitu tidak sesuai untuk pemakanan kucing...


2. Beli makanan kucing dikedai pet shop yg berdekatan dengan anda dan minta consultancy ataupun nasihat daripada mereka untuk memilih makanan yang sesuai untuk kucing....harga memang la mahal tapi berbaloi untuk apa yang nak lah....kalau nak kucing kite sihat kalau nak kucing kite sakit tak apa lah boleh teruskan beli makanan kucing yang murah kat pasaraya.....sebagai contoh la kalau anak2 kita sendiri kita bagi makanan tak berkhasiat apa akan jadi mesti sakit kan same lah dengan kucing dia orang pun insan bernyawa macam kita juga....


3.Brand yang tak elok untuk kucing ini survey yang saya dapat dan komen2 daripada pemilik kucing yang bela kucing lebih dari 5 ekor (Whiskes dan Frieskies) ini dua byk mengandungi kandungan asid garam berlebihan dan boleh menyebabkan kucing itu mendapat batu karang...silap2 kucing mati kalaunasib baik pergi operation kat vat boleh sembuh lah....kalau nak masak makanan kucing pun boleh jugak tak salah banyak makanan yang boleh dibuat contoh :-


- ikan rebus takde garam dan aji
- ayam rebus campur garlic tanpa garam dan aji
- mix vege campurkan dengan ikan dan ayam yang sudah diblender tanpa perasa aji dan garam


4. Ini ialah senarai makanan yang elok dan direkomenkan tapi terpulang ikut kemampuan masing2 nak beli mana satu dan ini cuma nama brand sahaja yang disyorkan saya tak tau semua nak yang mana satu jenis sebab ada byk jenis dalam satu jenama dan yang selebih nya kena pergi kedai haiwan dan tanya contoh :-






cara mandikan kucing

Oleh kerana aku sukaaaaa sangat pada kucing, mahkluk berbulu lembut yang aduhai tu, aku berbesar hati nak berkongsi maklumat tentangkucing yang aku kutip dari Facebook.Harap-harap ia boleh membantu mereka yang memerlukan.

TIPS : Mandikan kucing

Alatan : Tuala (2 helai), Syampoo (khas kucing), Conditioner (khas kucing), Kapas (utk telinga), Hair dryer (jika perlu)

Cara-caranya : 
1. PERIKSA KUCING - Tanggalkan kolar. (Jika ada) Perhatikan sama ada terdapat ruam, kutu atau luka. Kucing tentu bersikap agresif jika ketika mandi anda menggosok di bahagian yang sakit. Gunakan kapas untuk membersihkan telinganya. Perhatikan jika ada kutu telinga.

2. SIKAT BULU KUCING - Perhatikan bulunya samada kusut atau bergumpal (jika bulu panjang). Sikat dengan baik, jika bulunya tidak dapat dileraikan anda boleh gunakan air dan syampu untuk cuba meluruskannya. Jika gagal, anda harus la memotong bahagian tersebut. Menyikat bulu kucing membantu air mandian menyerap ke badan kucing dengan mudah. 

3. BERSIHKAN TEMPAT MANDI KUCING. Ini bertujuan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku apabila kucing bertindak agresif. Jauhkan sebarang botol atau alat mandian terutama yang diperbuat dari bahan kaca. 

4. SETKAN ALAT PEMANAS - Uji kepanasan air sehingga anda dapat menghasilkan air yang suam. Anda mungkin menghadapi masalah jika kucing anda takut pada bunyian - semburan. Jika ini berlaku guna air biasa yang telah dipanaskan untuk mendapatkan air suam. Air yang panas akan membuatkan kucing berasa tidak selesa dan mengeringkan kulitnya. 

5. HASILKAN BUIH SABUN. Hasilkan sehingga 4 inci tinggi. Jangan sekali-kali anda mandikan anak kucing di basin kerana ketinggian dan ruang yang tidak luas menimbulkan kesukaran. (Anak kucing mungkin jatuh dengan tidak sengaja kerana air sabun yang licin!) 

6. MANDI. Masukkan kucing ke dalam bilik air dan kunci pintu juga tingkap bilik air. Ketika ini kucing akan menunjukkan reaksi cemas. Tenangkan kucing anda. Bercakap dengannya dan belai supaya ketakutannya berkurangan. Jika kucing anda selesa, letakkan kapas (cotton ball) ke dalam telinga kucing untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam telinga. Letak kucing ke dalam air buih perlahan-lahan. Sembur air dari nozel shower ke badan kucing membasahi bulu. Elakkan dari menyembur muka kucing! Memadai anda menggunakan tapak tangan dan menggosok mukanya beberapa kali. Curahkan syampu di tapak tangan dan mulai menggosok seluruh badan kucing hingga menghasilkan buih di badannya. Elakkan dari menggosok di tempat luka. Bersihkan sabun di badan kucing dengan semburan air suam. Ulang sekali lagi. Lumurkan dengan air sabun sehingga anda pasti semua kotoran telah hilang. Bersihkan dengan semburan air suam sehingga anda pasti tiada sisa2 sabun ketinggalan. Lurutkan badan kucing dengan tangan anda sehingga tiada lagi sisa air atau lebihan sabun. Ini penting kerana sisa syampu (residue) yang masih melekat di badan kucing akan menyebabkan kucing anda dijangkiti ruam dan kurap. 

7. KERINGKAN. Guna tuala untuk mengeringkan bulu kucing di tempat mandian sehingga tiada lagi air yang menitik dari badan kucing. Keluarkan kucing dari tempat mandian dan mulakan proses pengeringan menggunakan pengering rambut, hanya jika kucing anda ok dgn pengering rambut. Jika tidak, anda keringkan dia menggunakan tuala sahaja.

10 perkara kita tak tahu tentang kucing

Kucing merupakan binatang peliharaan yang biasa dijumpai di setiap kawasan penempatan. Tidak kira penempatan bandar mahupun desa kucing adalah pilihan masyarakat kerana kecomelannya serta mudah dijaga. Bagi peminat-peminat kucing di luar sana, di sini My Decrescendo ingin berkongsi 10 perkara yang kita tak tahu tentang kucing dan mungkin perkara yang kita tersalah anggap tentang kucing. Diharapkan maklumat ini dapat membantu mereka-mereka yang menjadi penggemar kucing.

Komunikasi Guna Hidung
Sapaan hidung ke hidung memang sesuatu yang janggal dilakukan oleh kucing terhadap kucing lain. Namun apabila kucing yang memang telah berjauhan dalam masa yang lama akan melakukan aktiviti ini bagi mengenal dan mengecam kucing lain melalui hidung. Ia juga memberi maklumat di mana dan apa yang sudah kucing itu lakukan.

Membelai Itu Tak Selalunya Elok
Membelai kucing dan mengusap bulunya kebiasaannya menjadikan kucing itu selesa dan tenang. Namun apabila mengusapnya dengan lebih dalam ia akan membuatkan kucing menjadi rimas dan sakit. Jika anda mengenali kucing itu anda mampu melihat riak mukanya berubah.
Kucing Pilih Suara Baby
Kucing selalunya akan mengeluarkan suara manjanya ala-ala anak kucing bila berkomunikasi dengan tuannya. Suara dewasanya hanya digunakan untuk komunikasi kucing dengan kucing.
Kucing dan Coklat Cannot Go
Seperti anjing, kucing boleh mati jika diberikan coklat yang lazat.
Kucing Tak Selalu Taking Nap
Kucing sememangnya gemar tidur sekejap-sekejap namun untuk mendapatkan rehat yang sewajarnya kucing  akan tidur seperti manusia biasa di mana otaknya mengeluarkan gelombang yang sama dengan manusia apabila kita bermimpi.
Kucing Tak Selalu Memandang Mata ke Mata
Kucing apabila tidak disengajakan melakukan eye-contact ia akan berkelip dan mengecilkan matanya. Untuk menjadi ramah dengan kucing asing kita perlulah memandang matanya dan apabila kita berjaya membuat dia pandang ke arah kita teruslah menoleh ke tempat lain. Itu tanda nak berkawan.
Kucing Memerlukan Layanan Positif
Setiap kucing tidak memahami hukuman yang dihadapinya apabila melakukan kesalahan seperti manusia biasa. Namun apabila kelakuannya baik maka berilah layanan istimewa kepadanya.
Kucing Membersih Gigi Dengan Daging
Memberi daging mentah setiap hari akan memastikan gusi dan giginya dalam keadaan terbaik. Daging terbaik ialah lembu atau ayam yang tidak bertulang.
Kucing Sukakan Matahari
Keupayaan kucing untuk bertahan lama dalam cuaca panas bukanlah sesuatu yang pelik. Ini kerana keturunannya memang berasal daripada gurun.
Belaian Kucing Masih Misteri
Ramai pakar yang masih tidak tahu dari mana asalnya kucing mengeluarkan bunyi semasa ia dibelai. Ramai berpendapat ia berasal dari sistem kardiovaskular berbanding tekaknya.


Read more: http://mydecrescendo.blogspot.com/2012/12/10-perkara-yang-kita-tak-tahu-tentang.html#ixzz2Zqx8IaUO

Saturday

pencapaian 10 000 views!!!!

hi semua ,,,blogger girlingin megucapkan terima kasih kepada semua pembaca kucing comel dankini kucing comel telah mencapai pembaca sebanyak 10 000 views ....,blogger girl berharap agar anda semua menjadikan kucing comel sebagai talian maklumat yang berguna buat kamu semua...

Wednesday

Penyakit Kucing Yang Membawa Maut

Disini ada 1 perkara yang ingin dihebahkan buat pengetahuan semua, juga sebagai panduan bagi yang menyayangi kucing peliharaan anda. Antara sebab yang menimbulkan kemurungan dan keadaan yang kelihatan “sakit” bagi seseekor kucing adalah disebabkan oleh demam, iaitu suhu badan yang melebihi dari suhu biasa bagi seekor kucing yang sihat.

Antara suhu yang dikategorikan Demam tersebut adalah diantara 35′C – 38′C…. ( Mungkin yang pakar boleh menerangkan lagi )Namun begitu…ada sesetengah kucing ini mengalami demam pada suhu yang melampau….seperti 38′C hingga 45′C…..dan ini diistilahkan sebagai demam panas yang jarang berlaku kepada kucing. namun begitu, jika dikesan lebih awal ia dapat diselamatkan dgn pelbagai kaedah. malahada diantaranya yang mengalami penyakit “sawan” seperti mana yang dialami manusia.

Pada tahap tersebut….kucing biasanya sudah tidak mampu mengawal fikiran dan tidak lagi mampu mengawal pergerakan badan yang mana akan menyebabkan system perkumuhan dan pernafasan turut terjejas. Atau dengan lebih tepat lagi….degupan jantung mereka akan berhenti pada bila2 masa dan menyebabkan kematian yang mengejut. ( ini biasa terjadi pada kucing yang hyperactive dan yang mengalami gejala spt yang disebutkan )

Antara gejala awal :

1. Kemurungan
2. Kelihatan pasif
3. Suka menyendiri
4. Mendiamkan diri ditempat yang sejuk spt bilik air, lantai bersimen, ruang tersorok dll.
5. Duduk dan melipatkan tangan kearah dada dan menegakkan kepala dengan mata yang tertutup.
6. Kencing yang berwarna kekuningan lebih dari kencing yang biasa…juga najis yang cair dan berbau..
7. Sememangnya kelihatan sakit. ( Keadaan yang lain dari hari2 biasa yang anda kenali terhadap kucing peliharaan anda )


Antara Sebab / Punca :

1. Hyper active dalam usia yang terlalu muda.

2. Makan yang berlebihan. Kurang air dalam badan

3. Gejala kecil yang bermula seperti selsema dan bersin yang kerap

4. persekitaran yang kotor ( terutama bagi yang pernah mengalami masalah kutu sebelunnya )

5. Multivitamin yang berlebihan ( ia bertindak seakan fungsi steriod kepada manusia )nota : mulltivitamin akan meningkatkan suhu mereka!!( jadi ia sama sekali tidak sesuai diberi ketika kucing sedang mengalami selsema atau kepanasan )

6. Gejala terlalu kerap dimandikan ( terutama yang menggunakan air paip shj. )

7. mengalami tekanan akibat perubahan tempat, makanan, pertukaran tuan baru dan juga persekitaran. ( kerana kucing sangat sensitif )

Perkara Asas Perlu Ada di Rumah Untuk Membela Kucing


  • Kawasan untuk meletakkan kucing – boleh jadi sangkar, bilik atau open. terpulang sama ada anda nak jadikan kucing peliharaan indoor cats atau outdoor. macam Mia ( my cat), EB latih suruh duduk dalam rumah (indoor). So, kalau keluar rumah. Letak dalam sangkar. Tapi dinasihatkan janganlah letak kucing terlalu lama dalam sangkar yang kecik, kesian mereka. Cuba bayangkan diri kita dalam tempat sempit, mesti tak selesakan?
  • Scratching pole/texture – ini penting supaya kucing tak mencakar kerusi kulit anda etc.  Mia dulu selalu cakar kerusi, tapi bila dah beli scratching pole, baru henti tabiat tu. Ini sebab kita dah sediakan alternatif untuk dia. Kalau kita tak nak barang-barang di rumah rosak, sediakanlah sesuatu texture untuk kucing cakar.
  • Litter box/ kotak pasir kucing – kucing macam manusia juga, perlu buang air. So litter box ini menjadi tempat untuk melepaskan hajat. Mungkin litter box ini lebih berfungsi kepada kucing indoor, kalau kucing outdoor mungkin akan buang merata-rata di luar. Kalau tinggal kampung oklah, tapi di bandar. Boleh buat gaduh dengan jiran!
  • Pasir kucing – boleh beli di mana-mana kedai yang menjualnya. Pelbagai jenis ada, yang kedap baulah, yang tiada habuklah. Belilah mengikut kemampuan masing-masing. Pasir ini perlu diletakkan di dalam litter box tadi.
  • Makanan kucing – kucing bukannya makan angin boleh kenyang. bukan juga menggunakan proses fotosintesis untuk terus hidup. Jadi kucing perlukan makanan. Malaysia memang mewah dengan makanan, begitu juga dengan makanan kucing. Jadi pilihlah makanan yang mengikut kemampuan anda dan umur kucing anda.
  • Permainan kucing – ini mungkin side need. tapi EB rasa penting kalau kita nak kucing yang aktif. biasa kucing suka kejar benda, jadi ciptalah sesuatu permainan yang boleh kucing kejar. Kalau Mia, EB sediakan satu rantai dan ikat sesuatu di hujung. Then Mia akan kejar benda di hujung tu. Sambil main dengan kucing, badan juga boleh senaman.

Perkara Asas Perlu Anda Lakukan Setelah Membela Kucing :

  • Menyayangi kucing anda – buat apa kita bela kucing kalau nak sepak terajang dia je? Jadi sayangilah kucing itu seperti menyanyangi orang yang paling anda sayang. sesungguhnya kucing juga ada perasaan.
  • Mandikan kucing – kalau banyak duit, boleh hantar ke pet shop. Tapi EB prefer buat sendiri. Just beli syampoo pet di kedai. Bawak masuk Mia dalam bilik air sambil dia meraung-raung. Basahkan badan dia dan sabunkan then bilas. Kucing pun kene mandi, kang busuk je kalau nak peluk-peluk dia.
  • Cuci pasir kucing – kucing punya litter box tiada flush, jadi pemilik kucinglah yang kene bersihkan sisa najis kucing tu. Mudah je, hanya pakai penutup hidung (kalau tak tahan bau), amik scoop, scoop najis, masuk dalam plastik. Siap! Lakukan perkara ini sekerap mungkin agar kebersihan terjamin. Rumah pun takdelah bau najis je.
  • Beri makan dan minum – bagilah kucing makan mengikut rutin yang sesuai. Jangan kasi bedal je.
  • Vaksin kucing – ini untuk mengelak kucing dari mendapat penyakit. Boleh bawa kucing ke klinik haiwan terdekat untuk mendapatkan suntikan. Tak mahal pun.

Kucing merupakan makhluk Tuhan juga. Jadi jagalah mereka, sayangilah mereka. Jika nampak mereka di luar, jangan sepak terajang seperti mereka patung tak bernyawa. Sungguh pun ada tak menyukai kucing, patutkah anda membencinya? Bagi sesiapa yang baru nak membela kucing, teruskanlah niat murni anda. Banyak ganjaran pahala diterima. Berilah kasih sayang padanya.

perasaan seekor kucing